Sejarah dan kita...:-)
Tingkatan 1
Bab 2: Zaman Prasejarah
Definisi:
Prasejarah adalah zaman atau era ketika manusia belum mengenali tulisan. Di mulai ketika adanya kehidupan manusia di muka bumi.
Zaman Prasejarah dibahagikan kepada beberapa peringkat:
Zaman Paleolitik
i. Kota Tampan, Perak
ii Bukit Jawa, Perak iii Bukit Bunuh, Lenggong, Perak
iii Gua Niah, Sarawak
iv Tingkayu, Sabah
2) Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
i. Hidup berpindah randah atau nomad
ii. Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik
3) Kegiatan utama
i. Memburu binatang
ii. Memunggut hasil hutan seperti buah-buahan
iii. Mengamalkan cara hidup sara diri
4) Peralatan
i. Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam kehidupan seharian
5) Kepercayaan
i. Mengamalkan kepercayaan animisme
ii. Mengamalkan upacara perkuburan
Bab 2: Zaman Prasejarah
Definisi:
Prasejarah adalah zaman atau era ketika manusia belum mengenali tulisan. Di mulai ketika adanya kehidupan manusia di muka bumi.
Zaman Prasejarah dibahagikan kepada beberapa peringkat:
- Zaman Paleolitik
- Zaman Neolitik
- Zaman Logam
Zaman Paleolitik
- dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Paleolitik Awal dan Paleolitik Akhir.
- Paleolitik Awal- kemunculan spesis manusia yang keempat yang dikenali sebagai Homo Neanderthalensis yang ditemui di lembah Neander yang terletak di barat laut Jerman pada tahun 1856m.
- Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 tahun hingga 300,000 tahun dahulu
- Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut:
i. Kota Tampan, Perak
ii Bukit Jawa, Perak iii Bukit Bunuh, Lenggong, Perak
iii Gua Niah, Sarawak
iv Tingkayu, Sabah
2) Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
i. Hidup berpindah randah atau nomad
ii. Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik
3) Kegiatan utama
i. Memburu binatang
ii. Memunggut hasil hutan seperti buah-buahan
iii. Mengamalkan cara hidup sara diri
4) Peralatan
i. Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam kehidupan seharian
5) Kepercayaan
i. Mengamalkan kepercayaan animisme
ii. Mengamalkan upacara perkuburan
Zaman Neolitik
- Mengikut para pengkaji sejarah, Zaman Neolitik bermula 7000 tahun dahulu
Ciri-ciri masyarakat zaman ini adalah seperti berikut:
1) Lokasi di Malaysia
i. Gua Cha, Kelantan
ii. Bukit tengkorak, Sabah
2) Ciri - ciri penempatan dan masyarakat
i. Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai
ii. Membuat pembahagian kerja
iii. Wujud sistem bermasyarakat
iv. Mempunyai seorang ketua
3) Kegiatan utama
i. Bercucuk tanam
ii. Menangkap ikan
iii. Menternak binatang
iv. Berburu
v. Memungut hasil hutan
vi. Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang
4) Peralatan
i. Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu
ii. Mencipta tembikar, bekas air, periuk dan belanga
5) Kepercayaan
i. Mengamalkan kepercayaan animisme
Zaman Logam
- Zaman logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.
- Manusia telah mula mencipta alat gangsa dan besi
- Antara ciri-ciri Zaman Logam ialah
i. Sungai Tembeling, Pahang
ii. Gua Harimau, Perak
iii. Chankat Menteri, Perak
2) Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
i. Nuka hidup secara menetap di satu tempat
ii. Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua
iii. Mempunyai adat resam
3) Kegiatan utama
i. Bercucuk tanam
ii. Menangkap dan menternak binatang
iii. Berburu
iv. Berdagang secara bertukar barang
4) Peralatan
i. Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi
5) Kepercayaan
i. Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu
ii. Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu
Bab 3 : Kerajaan-kerajaan Awal di Asia Tenggara
- Kerajaan awal di rantau asia terbahagi kepada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
- Contoh kerajaan agraria :- kerajaan angkor.
- Contoh kerajaan maritim :- kerajaan champa.
- kerajaan srivijaya.
- kerajaan kedah tua.
- kerajaan maja pahit.
KERAJAAN AGRARIA.
Ciri-ciri:
- ekonomi berasaskan pertanian.
- terletak di kawasan tanah subur,lembangan sungai,dan kawasan pendalaman.
- masyarakat asal menjalankan kegiatan memburu,memungut hasil hutan,dan menangkap ikan.
- kemudiannya mereka menjalankan kegiatan pertanian dan perternakan.
- empangan dan saliran dibina untuk bidang pertanian.
- pemerintah memainkan peranan penting dalam pembinaan dan pengurusan empangan dan saliran.
(a) Kerajaan angkor.
- diasaskan pada kurun ke 7 masihi.
- pusat kerajaan di hilir sungai mekong.
- kawasan pertanian utama di tasik tonle sap.
- baray dimajukan untuk pertanian.
- sistem pemarintahan raja berkuasa mutlak dan dianggap sebagai devaraja(raja tuhan).
- kerabat diraja membantu raja untuk menguruskan pentadbiran.
- mencapai kegemilangan pada pemerintahan suryavarman ii.
- bukti kewujudan kerajaan hindu-buddha ialah angkor wat
(b) Kerajaan funan.
- diasaskan pada abad pertama masihi.
- kerajaan yang terawal asia tenggara.
- pusat kerajaan di vyadhapura.
- empangan,saliran dan takungan air dibina untuk pertanian.
- sungai mekong dan persisiran pantai menjadi sumber bekalan air.
- raja pertama,raja kaundinya dengan gelaran kurung bnam(raja di gunung).
- oc-eo menjadi pelabuhan utama funan.
- jalan perdagangan utama ialah sungai mekong.
KERAJAAN MARITIM.
Ciri-ciri.
- terlatak di persisiran pantai.
- menjalankan kegiatan perdagang,perikanan,dan membuat kapal.
- muara sungai menjadi pusat pentadbiran dan kawasan penempatan.
- laluan perdagangan ialah sungai dan laut untuk ke kawasan pedalaman.
- pelabuhan muncul sebagai pusat perdagangan di kuala sungai dengan adanya kemudahan.
- kerajan ini menjadi orang tengah bagi mengumpul barangan dari kawasan pendalaman dan pulau.
- masyakat kerajaan ini mahir membina kapal.
- pedagang kerajaan ini mampu belajar sehingga ke afrika timur.
(a)Kerajaan champa.
- diasaskan oleh chu-lien pada tahun 192 masihi dan ditadbir oleh 14 dinasti.
- agama hindu menjadi agama raja champa.
- terdapat pegawai pemungut cukai dalam struktur pentadbiranya.
- inderapura menjadi pelabuhan utama.
- pada 655 masihi nama champa diwujudkan.
(b)Kerajaan chih tu.
- chih tu bermaksud tanah merah berdasarkan catatan i-ching.
- raja guatama mengasaskan kerajaan ini pada abad ke 6 masihi.
- raja berkuasa mutlak dan dibantu oleh tiga orang menteri dalam pentadbiran dan pemerintahan.
- mengamalkan sistem pemerintahan beraja bercorak pemerintahan kerajaan srivijaya,beragama hindu.
(c)Kerajaan srivijaya.
- berpusat di palembang,sumatera dan diasaskan pada abad ke 7 masihi.
- raja berkuasa mutlak dan dianggap raja di gunng dan maharaja di pulau.
- pengantara anta raja dan rakyat ialah tugas menteri.
- pentadbiran diraja.
- pentadbiran ketanteraan.
- pentadbiran daerah.
Palembang menjadi pelabuhan utama.
Damar,cendana,kapur barus,kemenyan,dan lada hitam adalah barang yang diperdagangkan.
India,china,dan barat menjadikan kerajaan ini sebagai pusat pertukaran barangan.
(d)Kerajaan kedah tua.
- dikenali sebagai kataha.
- kedah tua disebut cheh-cha menurut catatan i-ching.
- diasaskan pada kurun ke 5 masihi.
- pelabuhan utama ialah sungai sungai mas dan dipindahkan ke lembah bujang.
- dipengaruhi oleh agama buddha dan diikuti oleh agama hindu.
- gunung jerai menjadi panduan perdagang untuk ke pelabuhan.
- pedagang arab,sri langka,parsi,dan india menjadikan pelabuhan sebagai persinggahan sebelum ke timur.
- hasil tempatan seperti beras,emas,bijih timah,damar,rotan,tanduk,dan gading didagangkan di pelabuhan.
- menjadi pusat pengeluar padi utama.
- penemuan duit perak zaman pemerintahan sultan al-mutawakil(847-861 masihi)
- penemuan manik dari India.
- penemuan barangan kaca dari timur tengah.
(e)Kerajaan majapahit.
- pengasas yang menerima pengaruh Hindu-Buddha iaitu raden wijaya.
- undang-undang manu diasaskan dalam sistem pentadbiran.
- perdana menteri dan empat orang menteri menjadi pembantu raja.
- mengamalkan konsep devaraja,iaitu raja ialah wakil dewa untuk pemimpin manusia.
- semasa pemerintahan hayam wuruk yang dibantu oleh perdana menteri patih gajah mada kerajaan ini mencapai kegemilangan.
- pedagang Asia tenggara,China,dan timur tengah kerap mengunjungi pelabuhan kerajaan ini.
- pada abad ke 15 masihi kerajaan ini menjadi pusat perdagangan utama di Asia tenggara.
- pelabuhan utamanya termasuklah kataha(Kedah tua) dan temasik

Bab 4 : Pengasasan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
Parameswara di Palembang
Parameswara di Temasik
Kedatangan Parameswara
Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan
Parameswara di Palembang
- Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Pelembang Timur Sumatera iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada 1400
- Palembang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya
- Palembang juga pernah menjadi negara di bawah kekuasaan Majapahit
- Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit
- Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas diserang Majapahit
- Parameswara telah lari ke Temasik
Parameswara di Temasik
- Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit, Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke Temasik (Singapura)
- Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan Siam. Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik
- Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik
- Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak pertuanannya
- Parameswara bertindak memunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik selama lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Srivijaya
- Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar
Kedatangan Parameswara
Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan
- Pada tahun 1400. Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Hujung dan Bertam
- Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai
- Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun
- Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan Orang Asli.
- Pekerjaan utama mereka ialah nelayan
- Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut.
BAB 5 : KEGEMILANGAN MELAKA
PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK.
Sistem pentadbiran yang teratur yang dikenali sebagai sistem pembesar empat lipatan telah diperkenalkan oleh sultan. Sistem ini ialah kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir.
Sistem pembesar empat lipatan:
Dalam sistem tersebut sultan mengetuai teraju pemerintahan. Sultan dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai pembesar berempat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung,dan Laksamana. Pembesar berempat dibantu oleh pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua. Setiap pembesar mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Peranan Sultan.
Peranan Sultan.
Pembesar
Peranan Pembesar Berempat Dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan.
Tanggungjawab Pembesar.
- Tanggungjawab menegakkan dan mempertahankan kedaulatan sultan dan kerajaan dilakukan oleh pembesar.
- Untuk membina kerajaan yang kuat dan maju sokongan dan taat setia pembesar sangat penting.
- Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah,sungai atau pulau bagi meningkatkan sokongan tersebut.
- kawasan pentadbiran pembesar dikenali sebagai kawasan pegangan.
- Di kawasan jajahan dan daerah sultan turut melantik pembesar di kawasan tersebut untuk memungut cukai.
- Kawasan memungut cukai dikenali sebagai kawasan pemakanan.
PUSAT PERDAGANGAN.
- Pada pertengahan kurun ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
- Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan digambarkan dalam buku sejarah Melayu. Oleh itu, segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.
Kedudukan Geografi.
- Melaka terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara timur dan barat. Hal ini membolehkan Melaka mengawal Selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang. Pedagang bukan sahaja tinggal di pelabuhan Melaka untuk berdagang tetapi juga untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Muara sungai yang dalam membolehkan kapal dagang mudah berlabuh untuk menurunkan barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan. Banjaran Titiwangsa dan pulau Sumatera menjadi penghalang tiupan angin monsun dan membolehkan kapal berlabuh dengan selamat. Para perdagang datang dan pulang mengikut musim angin monsun. Bentuk muka bumi yang berbukit dijadikan panduan kepada pedagang untuk belayar. Bukit juga dijadikan tempat strategik untuk memerhati dan mengawasi keselamatan Selat Melaka.
Peranan Syahbandar
- Kecekapan dan kebijaksanaan Syahbandar dalam melaksanakan tugas telah dapat melincinkan urusan perdagangan.
- Setiap Syahbandar ditugaskan menjaga kumpulan pedagang yang talah di tetapkan.
Peranan Laksamana Dan Orang Laut.
Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka.
Kemudahan Di Pelabuhan.
Sistem Cukai Dan Surat Kebenaran Berniaga.
* memberi persembahan atau hadiah kepada Sultan, Temenggung atau Syahbandar dikenakan
kepada pedagang dari Jepun dan China kerana mereka tidak dikenakan cukai.
Penggunaan Sistem Mata Wang.
Pelabuhan Entrepot.
Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca.
KEMATANGAN HUBUNGAN LUAR.
Hubungan Serantau.
Hubungan Antarabangsa Melaka.
PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM.
Kedatangan Agama Islam Ke Melaka.
Keunggulan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam.
Kegigihan Melaka menyebarkan Agama Islam Ke Asia Tenggara.
BAB 6: KEMEROSOTAN MELAKA
Faktor kemerosotan Melaka
Kelemahan dan kepemimpinan
Pentadbiran lemah kerana :
1. Tiada pemimpin berwibawa
2. Berlaku rasuah
3. Fitnah berleluasa.
Masalah perpaduan
Kelemahan askar Melaka
1. keris, tombak
2. panah
3. perisai
4. sumpit beracun.
Kedatangan Portugis
Sebab kedatangan.
1. mengawet makanan
2. menyedapkan makanan seperti daging
3. memanaskan badan.
Portugis menguasai Melaka.
1. pembebasan tawanan Portugal
2. menuntut ganti rugi
3. meminta mendirikan kubu di Melaka.
- Pengubalan undang-undang tersebut bertujuan memastikan perdagangan berjalan lancar dan adil.
- Undang-undang ini mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual beli, larangan,dan tanggungjawab anak kapal, kiwi serta nakhoda.
- Kiwi ialah penyewa ruang perahu dan penumpang yang membawa barang untuk diperdagangkan.
Kemudahan Di Pelabuhan.
- Kerajaan melaka membina gudang bertujuan menyimpan barang serta menyediakan tempat tinggal kepada perdagang sementara menungu pertukaran angin monsun.
- Terdapat kapal, perahu, jong, lancar, gajah dan pekerja untuk mengangkut barangan ke gudang.
- Melaka juga menyediakan bekalan makanan dan minumam untuk perdagang.
Sistem Cukai Dan Surat Kebenaran Berniaga.
- Cukai yang dikenakan kepada perdagang adalah berpatutan.
- Perdagang perlu membayar panduan (cukai rasmi) sebelum berjual beli dan nilainya bergantung pada tempat asal pedagang.
- Sistem cukai yang digunakan dikenali sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat * 6% dikenakan cukai kepada pedagang dari barat.
* memberi persembahan atau hadiah kepada Sultan, Temenggung atau Syahbandar dikenakan
kepada pedagang dari Jepun dan China kerana mereka tidak dikenakan cukai.
- Surat kebenaran berniaga perlu didapatkan pedagang sebelum berdagang di Melaka.
- Sejumlah bayaran dikenakan untuk mendapat surat kebenaran berniaga. Surat ini berfungsi sebagai lesen untuk berniaga di Melaka.
- Tujuan peraturan tersebut ialah untuk memastikan urusan perdagangan berjalan lancar dan menjadi sumber pendapatan kerajaan.
Penggunaan Sistem Mata Wang.
- Dalam urusan perdagangan mata wang logam diperbuat daripada timah yang dipanggil calains dan wang emas digunakan.
- Turut digunakan wang emas, perak dan timah dari Gujerat, Pedir, Pasai, dan Kembayat.
- Penggunaan mata wang dapat memudahkan urusan perdagangan selain dapat mengalakan pedagang berdagang di Melaka.
Pelabuhan Entrepot.
- Pelabuhan Melaka menjadi pusat pengumpulan barangan dari Kepulauan Melayu dan pengedaran dari timur dan barat ke Kepulauan Melayu.
- Pelabuhan Melaka amat berbeza dengan pelabuhan lain kerana pelabuhan lain hanya memasarkan hasil tempatan.
Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca.
- Dalam urusan perdagangan Bahasa Melayu menjadi lingua franca (bahasa penghantar).
- Pedagang asing menggunakan Bahasa Melayu semasa berurusan dengan pegawai dan pedagang di Melaka.
KEMATANGAN HUBUNGAN LUAR.
Hubungan Serantau.
- Apabila sultan Melaka, Megat Iskandar Shah berkahwin dengan puteri raja Pasai, hubungan diplomatik Melaka dengan Pasai dianggap setaraf.
- Hubungan Melaka dengan Pasai juga terbentuk pertukaran pendapat tentang agama Islam.
- Kerajaan Melaka pernah menghantar tentera dan pembesarnya ke Pasai untuk menamatkan huru-hara.
- Siak, Jawa,dan Kampar juga menjalinkan hubungan dengan Melaka.
- Beras, bahan makanan dan rempah dibekalkan oleh Jawa kepada Melaka.
- Apabila Melaka menakluki Kampar dan Siak, kedua-duanya telah menjalinkan hubungan dengan Melaka.
- Ufti dalam bentuk barangan atau wang dihantar oleh Kampar dan Siak kepada Melaka.
- Apabila berutus surat dengan Melaka, Kampar dan Siak menggunakan istilah sembah.
Hubungan Antarabangsa Melaka.
- Apabila laksamana Yin Ching datang melawat Melaka pada tahun 1404, maka hubungan Melaka dengan China terjalin.
- Hubungan Melaka dengan China telah menguntungkan Melaka kerana Melaka mendapat pengiktirafan daripada China.
- Hubungan Melaka dengan Siam bermula apabila Melaka menghantar utusan diplomatiknya, iaitu Tun Telanai dan menteri Jana Putera ke Siam. Melaka berbaik-baik dengan Siam bagi menjana kepentingan ekonominya.
- Hubungan Melaka dengan ryukyu (Jepun) terjalin dalam bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan.
- Sultan Mansor Syah pernah menghantar surat kepada raja Ryukyu tentang rakyatnya yang melanggar undang-undang Melaka.
- Hubungan Melaka dengan Gujerat berbentuk hubungan perdagangan.
PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM.
- Kedah dan Terengganu merupakan kerajaan awal yang menerima Islam di Tanah Melayu.
- Penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris Kedah telah membuktikan bahawa Kedah telah menerima Islam pada abad ke-9 lagi.
- Penemuan batu nisan di Kuala Berang, Terengganu telah membuktikan bahawa Terengganu telah menerima Islam sekitar abad ke-13.
- Agama Islam bertapak di Melaka apabila Megat Iskandar Shah memeluk Islam pada abad ke-15.
Kedatangan Agama Islam Ke Melaka.
- Agama Islam turut di sebarkan di Melaka melalui perkahwinan (sultan Melaka dengan raja Pasai).
- Menurut hikayat raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Mekkah yang mengislamkan raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
- Pedagang Islam dari Arab dan India turut menyebarkan agama Islam di Melaka melalui kegiatan dakwah dan perkahwinan dengan penduduk tempatan.
- Terdapat juga pedagang yang membawa bersama ahli agama untuk membantu menjalankan dakwah.
- Sifat Islam yang meliputi semua aspek kehidupan turut dikaitkan dengan perkembangannya.
Keunggulan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam.
- Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian agama Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Parsi.
- Sultan, pembesar dan rakyat Melaka diajar oleh ulama, manakala pendakwah menjalankan kegiatan dakwah di Melaka.
- Faktor Islam cepat tersebar di Melaka ialah tindakan raja yang memeluk Islam.
- Sultan mewujudkan beberapa intitusi seperti masjid, madrasah, dan surau untuk mempelajari agama Islam, membaca al-Quran dan selain usaha sultan untuk mengembangkan agama Islam.
- Melaka juga terkenal sebagai pusat pengajian ilmu tasawuf.
- Tempat menterjemah, menyadur dan menyimpan kitab-kitab ialah istana.
- Antara kitab yang diterjemahkan ialah hikayat Amir Hamzah dan hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
Kegigihan Melaka menyebarkan Agama Islam Ke Asia Tenggara.
- Penyebaran dilakukan melalaui perdadangan, tentera upahan, penaklukan, peranan ahli agama, perkahwinan dan peranan pemerintah.
- Penyebaran ini juga berlaku apabila pedagang di memeluk Islam dan menyebarkannya.
- Tentera upahan dari Jawa memeluk Islam dan seterusnya menyebarkan agama Islam apabila pulang ke Jawa.
- Kebanyakkan negeri taklukan Melaka rajanya memeluk islam bagi menjamin keselamatan.
BAB 6: KEMEROSOTAN MELAKA
Faktor kemerosotan Melaka
Kelemahan dan kepemimpinan
- Selepas kematian Bendahara Tun Perak, diganti oleh Bendahara Tun Mutahir
- Tun Mutahir bersikap pilih kasih
- Timbul perasaan iri hati pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.
- Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka.
- Sultan Mahmud Shah jatuhkan hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa.
- Selepas sultan menyedari kesilapannya, beginda serahkan pemerintahan negeri kepada puteranya Raja Ahmad sebagai sultan Melaka.
- Sultan Ahmad Shah pemerintah lemah dan tidak cekap.
- Bendahara Tun Perpatih Putih yang gantikan Tun Mutahir – uzur/sakit
Pentadbiran lemah kerana :
1. Tiada pemimpin berwibawa
2. Berlaku rasuah
3. Fitnah berleluasa.
- Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan, – kadar cukai yang tinggi dikenakan.
- Kesannya pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.
Masalah perpaduan
- Perlantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan orang Melayu dengan orang India Muslim.
- Persaingan berlaku kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran.
- Perebutan pengaruh wujud antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir (keturunan India Muslim).
- Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan.
- Akibatnya sultan membunuh Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.
- Rakyat Melaka berpecah belah,
- Perdagangan Melaka merosot.
- Keutuhan kerajaan terjejas.
Kelemahan askar Melaka
- Askar Melaka menggunakan senjata tradisional seperti :
1. keris, tombak
2. panah
3. perisai
4. sumpit beracun.
- Askar Melaka mempunyai senjata seperti senapang dan meriam.
- Senjata Portugis lebih baik, contohnya meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh lagi.
- Angkatan perang Melaka didapati tidak mempunyai struktur yang lengkap
- Angkatan perang Portugis dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque yang dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetuai serangan.
- Askar Portugis lebih terlatih dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India.
- Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka
Kedatangan Portugis
Sebab kedatangan.
- Sebab Portugis ke Timur ialah Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik).
- Putera Henry mendorong pelayar dan orang Portugis belayar ke Timur.
- Portugis menemui jalan laut ke Timur.
- Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan di selatan Afrika.
- Vasco da Gama sampai di India
- Lopez de Squeira tiba di Melaka.
- Portugis ingin meneruskan Perang Salib.
- Menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk Melaka yang menjadi pusat perkembangan dan penyebaran Islam
- Ingin menyebarkan gama Kristian di Timur
- Ingin menguasai perdagangan rempah yang dikuasai oleh pedagang Islam.
- Pedagang Islam yang mendapat bekalan rempah daripada pelabuhan Melaka menjual dengan harga yang tinggi di Eropah.
- Pada pandangan Portugis, jika menguasai Selat Melaka mereka akan mendapat keuntungan yang lumayan.
- Rempah ratus diperlukan di Eropah untuk :
1. mengawet makanan
2. menyedapkan makanan seperti daging
3. memanaskan badan.
Portugis menguasai Melaka.
- Lopez de Sequeira dan angkatannya dihantar oleh Raja Portugal ke Melaka untuk memulakan hubungan
- Kedatangan mereka mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah.
- Dibenarkan berniaga di Melaka dan dijamin keselamatan mereka oleh sultan Melaka.
- Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang Islam.
- Perkara ini disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir.
- Tun Mutahir menasihatkan sultan agar menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan mereka Ruy de Araujo.
- Beberapa orang Portugis yang ditangkap mati dibunuh.
- Lopez de Sequeira dan beberapa pengikutnya berjaya lari ke Goa.
- Raja Portugal hantar angkatan laut pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka.
- Alfonso menuntut:
1. pembebasan tawanan Portugal
2. menuntut ganti rugi
3. meminta mendirikan kubu di Melaka.
- Sultan Mahmud menolak tuntutan Alfonso
- Alfonso bertindak menyerang Melaka.
- Serangan pertama Alfonso – jambatan Sungai Melaka dikuasai.
- Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol memberi maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka kepada Portugis.
- Melaka yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah melancarkan serangan balas sehingga askar Portugis terpaksa berundur.
- Semangat perjuangan askar Melaka membara apabila mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
- Dalam serangan kedua – Alfonso berjaya menguasai Melaka.
- Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan rakyat berundur ke Muar.
- Kemudiannya berundur ke Pahang. Seterusnya ke Bentan.
- Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan baru selepas kemangkatan anaknya Sultan Ahmad Shah.